Want your
own Fotopage?






 
BRiDaL. BEaUtY. BOuTiQuE. SoUveNirS. pHoToGrApHy.
[IMG]http://i141.photobucket.com/albums/r70/watiehusain/ummi%20n%20syahir-1-Scrapblog/umminsyahir-1-1-1.jpg[/IMG]
By: WATIEHUSAIN gallery

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 13-Sep-2008 06:03 Email | Share | Bookmark
Pening nak hias rumah raya nie???

8 Langkah Ubah Suasana Rumah

MENCARI idea untuk mengubah gaya kediaman menjadi sesuatu yang agak rumit jika tiada rujukan khusus. Malah, sudah menjadi perkara biasa bagi kebanyakan pemilik kediaman menjadikan majalah hiasan dalaman sebagai pencetus idea ketika menzahirkan tata hias rumah idaman.

Apa kata Eric Leong..

1. Menentukan gaya hiasan

Ramai yang peka dengan kepentingan memilih gaya hiasan dalaman tetapi tidak bijak mengadun gaya lalu terhasillah gaya ‘rojak’ yang serabut. Trend tahun ini ialah penataan kediaman menggunakan gaya moden klasik. Pengaruh aliran era 50an, 60an dan 70an dapat dilihat jelas melalui pemilihan lampu, hiasan seramik, kaca dan permaidani yang diolah corak serta rekaannya dari gaya retro moden klasik.

“Tema ini sesuai untuk kediaman pemilik muda kerana gaya retro akan menampakkan imej muda dan funky,” katanya.

2. Skema warna

Memilih warna tidak sukar. Biasanya apa yang perlu dipilih adalah berdasarkan warna kegemaran seisi kediaman. Namun, penggunaan warna tertentu mampu menjadi terapi.

“Warna selamat adalah biru kerana ia bukan sekadar apa yang kita lihat tapi warna itu menjadi simbol ketenangan. Merah, jingga dan kuning pula memberi tenaga. Jika anda mempunyai anak yang agak lasak, disyorkan tidak menggunakan kumpulan warna ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kanak-kanak itu bertambah lasak. Sebaliknya gantikan dengan hijau dan biru lembut.

“Untuk ruang makan, boleh gunakan warna merah kerana ia mampu membangkitkan rasa lapar namun elakkan untuk sesiapa yang sedang berdiet. Manakala pemilihan warna biru gelap, hitam dan kelabu pada ruang yang salah boleh menyebabkan tekanan,” katanya.

3. Titik tumpu atau feature wall

Penggunaan titik tumpu adalah untuk memberi visual luas pada ruang kediaman. Titik tumpu sesuatu ruang mungkin dinding dan aksesori hiasan seperti langsir atau bingkai gambar pada dinding.

“Jika kediaman anda sempit, pilih warna neutral seperti krim atau putih dan titik tumpunya dari warna gelap untuk memanjangkan ruang. Langsir juga mempunyai fungsi sama seperti feature wall dan jika anda seorang yang kreatif, feature wall boleh dihiasi dengan lakaran lukisan atau paparan bingkai gambar menarik.

Bagaimana memilih feature wall? Buka pintu utama kediaman dan lihat bahagian yang tertangkap pada pandangan mata. Pilih feature wall yang tidak mempunyai pintu dan tingkap.

“Bagaimanapun, memilih titik tumpu untuk bilik tidur tidak sama seperti ruang lain. Gunakan dinding di belakang katil sebagai feature wall,” katanya.

4. Pilih perabot sesuai

Memilih perabot tidak harus dipandang mudah. Membeli sette atau meja makan perlu mengikut bilangan penghuni. Keluasan ruang dan gaya tata rias kediaman juga perlu diambil kira.

“Jangan beli apa yang tidak diperlukan bagi mengelak pembaziran. Ottoman menjadi barangan hiasan rumah yang hangat kerana fungsinya yang pelbagai. Cirinya yang rendah juga tidak menghalang pandangan sekali gus membuatkan ruang tamu kelihatan luas.

“Reka letak perabot juga perlu dititik berat. Elak memilih atau membeli perabot yang menghadang penglihatan mata kerana ia akan menyebabkan ruang besar kelihatan sempit,” katanya.

5. Pencahayaan

Pencahayaan terbahagi kepada dua jenis iaitu cahaya siang (daylight) dan cahaya panas (warmlight). Cahaya siang biasanya terhasil melalui penggunaan lampu kalimantang biasa dan menghasilkan imej yang rata serta kaku.

Berbeza dengan cahaya panas melalui lampu bercahaya merah membuatkan kesan visual yang terhasil kelihatan cantik dan membentuk bayang lembut. Malah cahaya panas juga mewujudkan persekitaran yang selesa.

6. Kemasan

Penggunaan kemasan (soft furnishing) dalam kediaman adalah untuk ‘melembutkan’ susunan dekorasi. Ia biasanya terhasil melalui pemilihan langsir, hamparan permaidani atau kusyen.

“Ada yang memilih untuk menggunakan alas meja atau alas katil dari fabrik lebihan langsir untuk menampakkan keserasian. Bagaimanapun elakkan penggunaan warna yang senada dan secorak terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan kediaman kelihatan membosankan.

“Untuk katil, boleh lengkapkan kemasan melalui penggunaan kusyen atau bantal. Gunakan bilangan bantal pada kiraan ganjil untuk tata letak pada katil misalnya tiga bantal di depan dan dua di depan bagi menampakkan gaya mewah dan selesa,” katanya.

7. Aksesori dekor

Perlu diingatkan bahawa konsep hiasan dalaman adalah untuk mewujudkan impak melalui kesan visual. Cara mudah menghasilkan kesan itu adalah melalui penggunaan aksesori dekor.

“Jika beli aksesori, jangan beli yang terlalu kecil kerana akan menyebabkan ruang kelihatan berserabut. Pilih aksesori besar dan over saiz untuk dapatkan impak yang diinginkan.

“Elakkan menyimpan bekas telur untuk dijadikan hiasan kerana penggunaan hiasan kecil seperti itu akan menyimpan habuk dan merosakkan dekorasi kediaman,” katanya.

Ingat, aksesori dekor perlu selari dengan konsep hiasan dalaman.

8. Sentuhan akhir

Kediaman yang bersih dan harum pastinya memberi keselesaan pada pemilik. Sebagai penyudah, letakkan pewangi kediaman yang banyak terdapat di pasaran ketika ini.




Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net